Sony Z Ultra GPE Terima Kemaskini Android 5.0 Lollipop

0
322 views
views

Sony Z Ultra Google Play Edition kini menyertai barisan telefon pintar yang menerima kemaskini Android 5.0 Lollipop selepas siri Nexus yang menerimanya tidak lama dahulu. Kemaskini tersebut mula dikeluarkan kepada pengguna mulai semalam dalam bentuk OTA.

Seperti biasa, kemaskini bersaiz 397mb tersebut membawakan sistem operasi Android terbaru termasuk fungsi dan ciri-ciri baru seperti Guest Mode, User Mode, Smart Lockscreen, Panel Notifikasi baru dan beberapa perkara lain yang ada pada Android 5.0 Lollipop.

Anda boleh menyemak kemaskini melalui bahagian Setting > About Phone > Check for Update . Firmware Android 5.0 Lollipop untuk Z Ultra GPE ini boleh dimuat turun melalui link dibawah jika anda berminat untuk mengemaskini secara manual.

Muat Turun Android 5.0 Lollipop Z Ultra GPE

Sumber | XDA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here