Sony Xperia E4 – Siri Xperia 2015 Dengan Cip MediaTek MT6582

0
298 views
views

Sony Xperia E4 sebuah telefon pintar terbaru milik Sony Mobile yang dikatakan akan diperkenalkan pada tahun hadapan. Berada dalam kelas telefon pintar spesifkasi rendah, Xperia E4 bakal dilengkapi dengan cip pemprosesan MediaTek MT6582 .

Tidak banyak maklumat mengenai spesifikasi telefon pintar ini dikongsikan, selain menggunakan cip pemprosesan MediaTek MT6582 berkelajuan 1.3GHz , Xperia E4 turut mempunyai skrin bersaiz 5.5 inci, Android 4.4.4 Kit Kat (bakal dikemaskini ke Android 5.0 Lollipop) dan bakal hadir dalam dua versi iaitu single sim dan juga dual sim.

Telefon pintar bajet ini dijangka akan diperkenalkan pada bulan Mac 2015 akan datang dengan harga pengenalan sekitar $200 ( RM700 ). Namun, masih terlalu awal untuk mengesahkan maklumat yang tersebar buat masa ini.

Dalam satu perkembangan lain, Sony Mobile turut dijangka akan memperkenalkan flagship phone mereka iaitu Xperia Z4 dimana ia akan turut hadir dalam versi compact, meneruskan tradisi siri Xperia sebelum ini.

Jadi apa pendapat anda ? Jangan lupa ikuti akaun twitter team soleheen.com @soleheen dan juga instagram @soleheen_com

SUMBER | VIA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here