Samsung Galaxy S6 – Snapdragon 810, Android 5.0 Lollipop, Kamera 16 Megapiksel, Bezel Nipis

3
492 views
views

Samsung Galaxy S6 telah mula hangat diperkatakan seminggu dua ini. Pelbagai spekulasi mengenai spesifikasi yang bakal digunakan oleh flagship terbaru daripada Samsung ini dikongsikan di beberapa laman web.

Dalam satu perkembangan terbaru, beberapa keping gambar yang dikatakan sebagai prototaip Samsung Galaxy S6 tersebar menunjukkan Samsung bakal memperkenalkan sebuah telefon pintar dengan bezel yang teramat nipis. Antara spesifikasi yang akan digunakan pada Samsung Galaxy S6 ini ialah :

Paparan skrin : 5.2-inch 2560 x 1440 (QuadHD, aka 2K)
Kamera: 16-megapixel, OIS, 4K recording, kamera hadapan 5 megapiksel
Processor: Qualcomm Snapdragon 810 (pasaran USA), Exynos 7420 (versi Antarabangsa). Kedua-duanya cip 64-bit
Sistem operasi: Android 5.0 Lollipop
Memori terbina : 32, 64, 128GB internal

Jika dilihat dari segi spesifikasi yang dikongsikan, ianya merupakan spesifikasi standard bagi kebanyakkan flagship phone untuk tahun hadapan. Antara yang ditunggu-tunggu kemunculannya ialah Sony Xperia Z4 / Xperia Z4 Compact dan juga HTC One M9.

Walaubagaimanapun, masih terlalu awal untuk mengesahkan spesifikasi yang dikongsikan dan model yang ditunjukkan di dalam gambar tersebut hanyalah sebuah prototaip yang akan berubah kelak apabila diperkenalkan. Sama-sama kita nantikan dan lihat samada Samsung masih mampu membuat pengguna kagum serta teruja ataupun tidak.

Jadi apa pendapat anda ? Jangan lupa ikuti akaun twitter team soleheen.com @soleheen dan juga instagram @soleheen_com

Sumber | Via

3 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here