Samsung Galaxy E5 Dan Galaxy E7 Bakal Diperkenal – Android 5.0 Lollipop, Snapdragon 410 64 Bit, Kamera 13 Megapiksel

0
491 views
views

Samsung mungkin dilihat agak kurang disebut sejak akhir-akhir ini, kekecewaan peminat Android terhadap Samsung Galaxy S5 tidak dapat diubati walaupun Samsung Galaxy Note 4 diperkenalkan dengan spesifikasi serba canggih.

Dalam perkembangan terbaru, Samsung dijangka akan memperkenalkan 2 buah telefon pintar terbaru mereka dalam siri Galaxy E. Kedua-dua Samsung Galaxy E5 dan Galaxy E7 bakal dilengkapi dengan spesifikasi pertengahan dan juga Android 5.0 Lollipop.

Samsung Galaxy E5 merupakan sebuah telefon pintar dengan skrinĀ  bersaiz 5-inch HD Super AMOLED , kamera utama 8 megapiksel, 5 megapiksel di bahagian hadapan, cip pemprosesan 64 Bit Snapdragon 410, 2GB ram, memori terbina 16GB dan bateri bersaiz 2300mAh. Galaxy E5 juga lebih nipis berbanding Galaxy E7 dengan ketebalan sekitar 6.9mm dan berat sekitar 140g.

Samsung Galaxy E7 pula merupakan sebuah telefon pintar dengan spesifikasi lebih tinggi berbanding Galaxy E5 akan tetapi masih di dalam kategori kelas pertengahan. Dilengkapi dengan skrin bersaiz 5.5 inci Super Amoled dengan resolusi 720p, kamera utama 13 megapiksel, kamera hadapan 5 megapiksel, cip pemprosesan 64 bit Snapdragon 410 berkelajuan 1.2GHz, bateri sebesar 2,950mAh, 2GB ram dan memori terbina 16GB.

Kedua-dua telefon pintar ini dikatakan akan mempunyai bateri yang tidak boleh dibuka, lari dari kebiasaan telefon pintar Samsung dengan bateri boleh dibuka. Setakat ini tiada maklumat rasmi mengenai bila kedua-duanya akan dilancarkan. Sama-sama kita tunggu dan lihat.

SUMBER

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here