OnePlus Perkenal Produk Baru – Power Bank 10,000mAh

0
397 views
views

Mungkin ramai yang menyangka bahawa OnePlus bakal memperkenalkan OnePlus One Mini selepas maklumat serta beberapa keping gambar tersebar awal minggu ini. Tiada OnePlus One Mini yang diumumkan akan tetapi sebuah aksesori tambahan untuk telefon pintar anda.

OnePlus hari ini hadir dengan power bank pertama mereka bersaiz 10,000mAh. Didatangkan dalam dua pilihan warna iaitu hitam dah putih ia bakal dijual pada harga $14.99 ( RM52) melalui laman rasmi mereka.

Power Bank bersaiz 10,000mAh ini mampu mengecas OnePlus One milik anda sebanyak 3 kali tanpa sebarang masalah. Buat masa ini, ia masih belum dijual kepada umum.

sumber

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here