OnePlus One Mini – OPO Dengan Skrin 5 Inci, Snapdragon 615, Dual Kamera 8MP?

0
373 views
views

OnePlus One tidak dinafikan antara telefon pintar dengan fungsi dan ciri-ciri serta kualiti terbaik untuk tahun 2014 ini. Hadir dengan skrin bersaiz 5.5 inci, ia mungkin agak besar bagi sesetengah pengguna.

Dalam satu perkembangan terbaru, OnePlus dikatakan akan mengikut jejak langkah pengeluar telefon pintar lain iaitu dengan mengeluarkan OnePlus One versi mini dengan spesifikasi kelas pertengahan. Dua keping gambar yang dikatakan sebagai telefon pintar tersebut turut ditunjukkan.

OPO Mini dijangka akan dilengkapi prosessor Snapdragon 615, skrin 5 inci 1080p, dual kamera 8 megapiksel dan Android 4.4.4 Kit Kat. Menyentuh mengenai harga jualan ketika diperkenalkan kelak, OnePlus One Mini ini akan mula dijual pada harga sekitar $240 (RM850+-).

Buat masa ini, masih terlalu awal untuk mengesahkan spesfikasi yang dikongsikan dan kami berharap ia bukan spesifikasi rasmi terutama sistem operasi yang bakal digunakan. Android 4.4.4 Kit Kat bukan lagi satu pilihan pengguna untuk tahun 2015 selepas Android 5.0 Lollipop diperkenalkan.

Sehingga kini, satu-satunya syarikat pengeluar telefon pintar yang betul-betul menghasilkan telefon pintarĀ  “mini” ialah Sony Mobile. Xperia Z3 Compact mereka hadir sebagai versi mini kepada Xperia Z3 akan tetapi menggunakan spesifikasi 90% sama seperti Xperia Z3. Apa yang membezakan antara keduanya hanyalah saiz dan resolusi skrin (4.6 inci 720p vs 5.2 inci 1080p), saiz ram (2GB vs 3GB) dan saiz bateri (2600mAh vs 3100mAh).

sumber | via

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here