Nexus 5 Terima Kemaskini Android 5.0.1 Lollipop Secara Rasmi – Factory Image Sedia Dimuat Turun

0
277 views
views

Kemaskini Android 5.0.1 untuk Google Nexus 5 kini rasmi selepas hampir kesemua siri peranti Nexus dan Google Play Edition (GPE) menerimanya sejak beberapa minggu lalu. Android 5.0.1 dengan build number LRX22C untuk Nexus 5 ini dikeluarkan Google kepada para pengguna mulai semalam.

Bagi anda yang masih belum menerima kemaskini ini melalui OTA dan tak sabar untuk mencuba nya, file factory image LRX22C boleh dimuat turun melalui halaman rasmi Google Developers. Pastikan anda tahu cara untuk sideload file tersebut dan segala file telah di backup. Proses sideload ini akan memadam segala data termasuk dokumen serta gambar-gamba anda dari telefon pintar.

Android 5.0.1 Lollipop dikeluarkan oleh Google untuk menyelesaikan beberapa isu serta masalah utama yang wujud dalam kemaskini Android 5.0 terdahulu. Antara masalah yang wujud sebelum ini ialah prestasi bateri yang teruk, wifi yang tidak konsisten kerap terputus dan beberapa bugs kecil lain.

Muat Turun Android 5.0.1 LRX22C

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here