BBM Blackberry Dikemaskini Ke Versi 2.6 – Menyokong Android 5.0, Sokongan Sticker Dalam Group, Landscape Mode

BBM Blackberry, kami tidak pasti samada ada atau tidak pengguna yang masih menggunakan perkhidmatan permesejan dari Blackberry ini. Namun bagi anda yang masih cekal menggunakannya, berita baik di mana ianya telah pun dikemaskini kepada versi 2.6 membawakan perubahan dari segi fungsi termasuk penambahan ciri baru.

BBM V2.6 kini menyokong Android 5.0 Lollipop disamping menyokong fungsi sticker untuk perbualan di dalam group. Satu fungsi yang agak baik bagi mereka yang gemar menggunakan sticker animasi ketika chatting. Malangnya, melalui percubaan kami, vesi baru ini agak lag dan seakan berat ketika digunakan.

Antara perubahan lain yang disenaraikan dalam versi kali ini ialah :

  • Support for Android 5.0 Lollipop
  • Send stickers in group chats!
  • See when a contact has received and viewed your sent pictures.
  • Timed pictures and messages can now be viewed multiple times until the timer expires
  • Added a new 60 second timer option
  • Landscape mode
  • Add a photo or attachment from your SD card

Jadi, berapa ramai antara anda yang menggunakan BBM atau yang baru sahaja menggunakan aplikasi ini ? Jangan lupa ikuti akaun twitter team soleheen.com @soleheen dan juga instagram @soleheen_com .

4 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here