Android 5.0 Lollipop Untuk HTC One M8, M7 Seawal 3 Januari 2015 Ini ?

0
575 views
views

Android 5.0 Lollipop merupakan kemaskini yang paling dinantikan oleh semua pengguna HTC One M8 / One M7 dan seluruh pengguna telefon pintar Android am nya. Berita baik bagi pengguna siri HTC One, anda mungkin menerima  kemaskini tersebut seawal 3 Januari ini.

Lebih awal daripada yang dijangkakan iaitu sekitar 90 hari ( akhir Januari/awal Februari 2015) , pihak HTC ketika acara tertutup yang dianjurkan mengatakan kemaskini Android 5.0 Lollipop untuk telefon pintar mereka akan dikeluarkan secara berperingkat mulai 3 Januari akan datang.

Pengguna akan mendapat Android 5.0 dengan HTC Sense yang dikemaskini berkonsepkan Material Design. Gambar screenshot yang dikongsikan menunjukkan bagaimana rupa ia kelak. Lebih baik berbanding apa yang dilakukan Samsung pada TouchWiz untuk kemaskini Android 5.0 Lollipop mereka.

sumber | via

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here