Android 5.0.1 Lollipop Untuk Nexus 7 2013, Nexus 9 Dan Nexus 10 Kini Rasmi

Tidak lama selepas Android 5.0 Lollipop dikeluarkan untuk peranti-peranti Nexus, Google hari ini mengeluarkan kemaskini Android 5.0.1 Lollipop kepada pengguna. File image Android 5.0.1 Lollipop tersebut telah pun dikongsikan di halaman Google Developer dan pengguna dibenarkan untuk memuat turun bagi tujuan kemaskini secara manual.

 

Namun, hanya Nexus 7 2013 (wifi) , Nexus 9 ( baca ulasan kami ) dan Nexus 10 yang menerimanya buat masa ini. Tiada senarai perubahan yang dikongsikan oleh Google dalam kemaskini baru ini dan ia berkemungkinan untuk menyelesaikan masalah bateri yang menghantui kebanyakkan peranti Nexus terutamanya Nexus 5.

Harus diingat, proses kemaskini manual ini akan menyebabkan segala data dalam peranti anda akan hilang. Pastikan anda tahu apa yang perlu dilakukan dan backup segala data termasuk gambar dan dokumen lain ke tempat selamat sebelum memulakan proses.

Muat turun file image Android 5.0.1 Lollipop melalui pautan di bawah.

Muat Turun Android 5.01 Lollipop

Sumber | Via

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here