Anda Memiliki Peranti Apple Dan Android Serentak ? – Kabel Pengecas Ini Untuk Anda

Anda mungkin merupakan seorang usahawan berjaya yang menggunakan Apple iPhone dan juga Samsung Galaxy Note 4 untuk urusan bisnes. Salah satu isu yang membelenggu sudah pasti kesukaran untuk mengecas peranti-peranti tersebut memandangkan kedua-dua nya menggunakan kabel pengecas berlainan.

Membawa 2 kabel pengecas yang panjang serta berselirat ketika perjalanan juga agak leceh dan anda mungkin memerlukan iOS + MicroUSB Charging Cable ini. Sebuah kabel pengecas yang mempunyai dua kepala pengecas berbeza dimana satu direka untuk micro usb manakala satu lagi merupakan Lightning port sesuai untuk iPhone dan iPad Anda.

Kabel ini tidak menyokong kedua-dua jenis peranti untuk di cas secara serentak namun ia akan memudahkan anda serta menjimatkan ruang tanpa perlu membawa pelbagai jenis kabel semata-mata untuk mengecas peranti yang ada.

iOS + MicroUSB Charging Cable ini boleh di beli melalui link dibawah pada harga promosi $22.99 ( RM80 +- ) dimana harga asal nya ialah $40 ( RM140).

iOS + MicroUSB Charging Cable | via

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here