Sony Xperia Z4 telah mula diperkatakan secara meluas, sebuah telefon pintar flagship milik Sony bagi menggantikan kejayaan Sony Xperia Z3 yang diperkenalkan September yang lalu. Bakal dilengkapi spesifikasi canggih dan terkini, Sony dilihat bersedia untuk bersaing dengan jenama lain dengan memperkenalkan Xperia Z4 seawal Januari hadapan.
Pihak PhoneArena melalui sumber mereka mengatakan Sony bakal memperkenalkan dua telefon pintar baru mereka pada acara Mobile World Congress akan datang memfokuskan kepada Sony Xperia Z4 dan juga Xperia Z4 Ultra. Antara spesifikasi yang disebut bakal digunakan oleh Xperia Z4 ialah :
– Snapdragon 805
– 5.4″ Quad HD Triluminos display
– kamera 20.7 megapiksel yang ditambahbaik
– 4GB ram
– Android 5.0 Lollipop
– Bateri bersaiz 3420 mAh
Manakala untuk Sony Xperia Z4 Ultra ia akan dilengkapi dengan skrin bersaiz 5.9 inci dengan ketebalan sekitar 5.7mm selain 4GB ram dan Anroid 5.0 Lollipop seperti Xperia Z4. Walaubagaimanapun, buat masa ini masih terlalu awal untuk mengesahkan maklumat yang dikongsikan mengenai flagship device terbaru milik Sony ini.
Tarmizi Ahmad Mahir
Uishhh…laju sgt sony release flagship die..huhu…
Afiq Muhammad
Uish cancel z3. Baik ambik z4 ultra
Ultra la..apa brang haluih2
Hahaha..btl2 camera pon ok…hihi