Xiaomi Perkenal Power Bank Baru – Berkapasiti 5k mAh Dengan Ketebalan Hanya 9.9mm

0
275 views
views

Nipis dan mungkin ternipis dalam kelas nya. Xiaomi hari ini memperkenalkan siri power bank terbaru milik mereka yang memfokuskan kepada ketebalan. Lari dari konsep biasa yang ada pada kebanyakkan power bank  dalam pasaran hari ini, power bank terbaru ini hadir dengan rekaaan yang sangat nipis.

 

Dengan ketebalan sekitar 9.9mm, anda boleh memasukkan nya ke dalam poket dengan mudah, selain nipis, power bank dengan kapasiti 5000mAh ini juga lebih selamat, dimana ia menggunakan Lithium-ion polymer battery, dikatakan dihasilkan oleh salah satu pembekal barangan Apple.

Apa yang pasti, dengan kenipisan yang ada padanya, power bank kali tampak lebih elegan dan lebih mudah untuk dibawa ke mana-mana. Selain rekabentuk nipis yang menjadi kelebihan utama,  satu lagi kelebihan yang mendapat perhatian kami ialah harga jualan yang diperkenalkan xiaomi untuk model baru kali ini.

Pengguna boleh mendapatkan power bank ini pada harga yang amat rendah iaitu sekitar $8 ( RM26 ). Pesaing terdekat untuk model kali ini ialah model terbaru milik Pineng iaitu Pineng 983 yang mempunyai ketebalan sekitar 15mm namun dilengkapi dengan kuasa lebih besar iaitu 10,000mAh. Pineng 983 telah pun mula dijual di Malaysia pada harga serendah RM50.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here