Xiaomi Bakal Perkenal Power Bank Berkapasiti 16,000 mAh Pada Harga Rendah

0
343 views
views

Selepas kejayaan mereka menjual siri power bank berkapasiti 5200mAh dan juga 10,000 mAh, Xiaomi dilihat bakal memperkenalkan sebuah lagi power bank dengan kapasiti kuasa yang jauh lebih besar bagi memenuhi keperluan serta permintaan pengguna.

Mi Power Bank 16,000mAh akan diperkenalkan oleh pihak mereka pada 11 November 2014 akan datang, cukup untuk menyokong siri telefon pintar high end terkini yang kebanyakkannya dilengkapi bateri bersaiz besar sebesar 3,000mAh keatas. Jika anda memiliki Samsung Galaxy Note 4 atau bakal memiliki Motorola Nexus 6 dengan bateri Li-Ion 3220 mAh, ianya cukup untuk mengecas phablet anda sekitar 5 kali.

Menyentuh mengenai soal harga jualan rasmi, Xiaomi dijangka akan menjualnya pada harga 129 yuan (RM70) apabila berada di dalam pasaran dan dijangka akan memperkenalkan harga pengenalan sebanyak 99 yuan (RM54)  ketika pelancarannya kelak.

Untuk rekod, Mi Power Bank berkapasiti 5200 mAh dijual pada harga RM25 dan RM36 untuk versi 10,00 mAh di Malaysia dan boleh didapati dari laman web rasmi mereka di http://www.mi.com/my/mipowerbank/.

Sumber | Via

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here