WhatsApp v2.11.444 Kini Benarkan Pengguna Sembunyikan “Blue Tick” Read Receipts

1
845 views
views

Blue ticks pada kemaskini terbaru aplikasi WhatsApp menimbulkan pelbagai reaksi baik positif mahupun negatif daripada pengguna di seluruh dunia. Tanda Blue Ticks merupakan satu tanda yang bermaksud mesej yang dihantar telah pun diterima dan dibaca oleh penerima. Berbeza dengan Double Ticks yang membawa maksud mesej tersebut telah pun diterima oleh telefon pintar penerima.

Dianggap sebagai salah satu punca pergaduhan dan kecil hati apabila mesej tidak dibalas, berita baik bagi anda yang kerap kali terasa hati atau bergaduh apabila mesej bertukar kepada Blue Ticks akan tetapi tidak dibalas oleh penerima,WhatsApp versi terbaru 2.11.444 kini membenarkan pengguna menyembunyikan tanda blue ticks tersebut.

Screenshot_2014-11-15-09-09-52~01

Seperti biasa, apabila anda menembunyikan Blue Ticks, anda turut tidak dapat melihat Blue Ticks pengguna lain. Fungsi ini boleh dijumpai pada bahagian Setting > Account > Privacy dan untick pada bahagian Read Receipts untuk mematikan fungsi tersebut.

Kemaskini terbaru ini merupakan versi Beta dan anda perlu memuat turun file apk daripada laman rasmi WhatsApp dan memasangnya seperti file apk lain. Kami menjangkakan pihak WhatsApp akan mengeluarkan versi rasmi di Play Store tidak lama lagi.

Muat Turun WhatsApp 2.11.444

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here