Samsung minggu ini secara rasmi nya memperkenalkan Samsung Galaxy A5 dan juga Galaxy A3, 2 model terbaru mereka dalam siri Galaxy A yang mengggunakan kemasan logam dengan rekaan unibody. Samsung kini dilihat mula beralih kepada bahan berasaskan logam untuk telefon pintar mereka dimana Samsung Galaxy Alpha yang diperkenalkan tidak lama dahulu antaranya yang pertama berasaskan logam.
Samsung Galaxy A5 dan Galaxy A3 merupakan telefon pintar ternipis milik Samsung dan apa yang membezakan dengan Galaxy Alpha ialah keduanya menggunakan kemasan logam sepenuhnya berbanding Galaxy Alpha.
Menyentuh mengenai soal spesifikasi, kedua-dua Galaxy A5 dan Galaxy A3 merupakan telefon pintar di dalam kategori pertengahan, tidak banyak yang berbeza dari segi rupabentuk dan juga spesifikasi yang diguna pakai.
SAMSUNG GALAXY A3
PAPARAN SKRIN | 4.5 inci qHD Super AMOLED |
PROCESSOR | 1.2GHz Qualcomm MSM8916 Snapdragon 410 |
RAM | 1GB Ram |
MEMORI TERBINA | 8GB + SDCard |
KAMERA | 8 megapiksel + 5 megapiksel hadapan |
SISTEM OPERASI | Android 4.4.4 KitKat |
BATERI | Non-removable Li-Ion 1900 mAh battery |
HARGA | – |
SAMSUNG GALAXY A5
PAPARAN SKRIN | 720 x 1280 pixels, 5.0 inches |
PROCESSOR | 1.2GHz Qualcomm MSM8916 Snapdragon 410 |
RAM | 2GB Ram |
MEMORI TERBINA | 16GB + SDCard (single sim version) |
KAMERA | 13 megapiksel + 5 megapiksel hadapan |
SISTEM OPERASI | Android 4.4.4 KitKat |
BATERI | Non-removable Li-Ion 2300 mAh battery |
HARGA | – |
Memfokuskan kepada golongan remaja, kedua-dua smartphone dilengkapi kamera hadapan 5 megapiksel dengan fungsi-fungsi khas seperti Wide Selfie, Palm Selfie, Animated GIF, Beauty Face Features danRear-cam Selfie. Kamera tersebut akan mengesan serta fokus secara automatik pada muka pengguna ketika mengambil gambar.
Menyentuh mengenai soal pelancaran di Malaysia, buat masa ini tiada maklumat rasmi dikongsikan mengenai tarikh dan harga jualan rasmi untuk kedua-duanya. Namun kami menjangkakan ia akan tiba tidak lama lagi.