Pengguna Nexus 4 ? – Android 5.0 Lollipop Factory Image Nexus 4 Sedia Dimuat Turun

2
489 views
views

Berita baik untuk pengguna Nexus 4, Android 5.0 Lollipop untuk peranti anda sedia untuk dimuat turun melalui halaman Google Developers. Sedikit terlewat berbanding peranti Nexus lain, file factory image dengan build number LRX21T kini boleh dimuat turun untuk proses kemaskini secara manual menggunakan fastboot command.

Kemaskini OTA masih belum dikeluarkan oleh Google buat masa ini dan anda boleh melakukan kemaskini secara manual jika tidak sabar menunggu OTA tiba pada telefon pintar masing-masing. Bagi anda yang ingin melakukan kemaskini secara manual menggunakan fastboot command, harus diingat proses tersebut akan menyebabkan semua data anda hilang.

Pastikan anda melakukan proses backup terlebih dahulu sebelum memulakan proses. File factory image Android 5.0 Lollipop untuk Nexus 4 boleh dimuat turun melalui pautan link dibawah.

Muat Turun Android 5.0 Lollipop Nexus 4 LRX21T

SUMBER | GOOGLE DEV

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here