Nokia Z Launcher Masuki Fasa Beta – Kini Di Play Store

0
339 views
views

Nokia Z Launcher ketika diumumkan tidak lama dahulu mendapat perhatian pengguna Android memandangkan ia mempunyai ciri-ciri yang unik dan lain daripada kebanyakkan launcher yang ada di dalam pasaran ketika ini.

Mula diperkenalkan dalam fasa pra-beta, tidak semua pengguna berpeluang untuk mencuba launcher tersebut memandangkan hanya yang mempunyai jemputan dari pihak Nokia Developer yang boleh mencuba nya. Senarai telefon pintar yang disokong juga amat terhad.

Kini, berpindah dari fasa pra-beta, Nokia Z Launcher kini memasuki fasa beta dan mula diterbitkan di Play Store serta dibuka kepada umum bagi sesiapa yang berminat untuk mencuba. Antara ciri-ciri baru yang didatangkan pada versi beta ini ialah :

– Lebih pantas dan smooth
– Keupayaan “prediction” ditambah baik
– Fungsi “Scribble” yang dipertingkatkan dan lebih baik dalam pengecaman
– Sokongan terhadap telefon pintar yang telah di root.

Nokia Z Launcher secara ringkasnya, merupakan sebuah launcher ringkas yang membenarkan pengguna untuk melakarkan huruf pada permukaan skrin telefon pintar untuk mencari aplikasi kegemaran. Anda boleh memuat turun launcher ini dari Play Store melalui link dibawah dan bagi yang mengalami masalah untuk memuat turun, anda boleh menggunakan file apk launcher ini dan pasang pada phone seperti biasa.

Muat Turun Nokia Z Launcher

Play Store
– File APK Nokia Z Launcher

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here