Nokia N1 – Tablet Android 64Bit Berkuasa Tinggi Dengan Harga Rendah

0
439 views
views

Nokia kembali ke arena gadget. Berita mengejutkan semua pihak dan peminat gajet seluruh dunia. Nokia hari ini mengumumkan tablet mereka yang dikuasakan oleh Android terbaru Lollipop 5.0 dilengkapi spesifikasi tinggi bagi menyaingi beberapa tablet Android yang berada dalam pasaran sekarang.

Hadir dengan skrin bersaiz 7.9 inci, tablet ini dilengkapi dengan spesifikasi berikut :

  • 7.9-inch, 2048×1536 (4:3) IPS LCD with Gorilla Glass 3 and fully laminated zero air gap display
  • 64-bit 2.3GHz Intel Atom Z3580 processor, PowerVR G6430 GPU with 2GB RAM
  • 32GB built-in memory (non-expandable)
  • 8 megapixel rear camera, 5 megapixel front camera
  • Dual channel 802.11a/b/g/n/ac Wi-Fi with MIMO, Bluetooth 4.0
  • Micro-USB 2.0 with a Type-C reversible connector
  • Stereo speakers
  • 5300mAh battery
  • Unibody aluminum design; available in Natural Aluminum or Lava Gray colors

Jika dilihat dari segi spesikasi, Nokia N1 merupakan tablet pertama yang dilengkapi dengan micro usb type C reverse connector, sebuah conector generasi baru untuk peranti elektronik. Didatangkan dengan Android 5.0 Lollipop, tablet ini turut dilengkapi dengan launcher terbaru dari pihak Nokia Developer iaitu Nokia Z Launcher.

Menyentuh mengenai soal jualan, Nokia N1 akan mula dipasarkan pada Tahun Baru Cina akan datang iaitu sekitar 12 Februari 2015 dengan China menjadi negara pertama yang akan menerimanya diikuti dengan Russia. Pengguna boleh mendapatkan tablet Android Nokia ini pada harga jualan $249 (RM835) selepas dilancarkan kelak.

SUMBR | VIA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here