HTC Nexus 9 Malaysia – Tanggapan Awal Kami

0
491 views
views

Nexus 9 kini di Malaysia setelah dibawa masuk oleh salah sebuah kedai online terbaik di Malaysia, Techbug.my. Saya berkesempatan untuk melakukan review serta ulasan Nexus 9 untuk para pengguna serta peminat tablet Android di Malaysia dan ini, tanggapan awal mengenai tablet terbaru daripada Google ini..

Tatkala pertama kali memegang tablet ini selepas proses unboxing membuatkan saya terfikir, ” Nexus 5 versi yang lebih lebar dan besar”. Kemasan serta bahan yang digunakan di bahagian belakang betul-betul menyerupai kemasan yang sama terdapat pada Google Nexus 5 warna hitam. Kemasan plastik lembut yang sedap serta selesa di pegang.

Nexus 9 juga amat ringan dan selesa walaupun dipegang dengan sebelah tangan ketika menonton video. Secara atas kertas, ia sedikit lebih ringan berbanding iPad Air 2 sebenarnya.

Skrin bersaiz 8.9 inci pada Nexus 9 mempunyai paparan dengan resolusi 2K ( 2048 x 1536  ) ataupun Quad HD. Lari dari kebiasaan kebanyakkan tablet dengan resolusi 1080p. Pada awal nya, saya menyangkakan ia tidak akan jauh berbeza dengan paparan HD 1080p yang terdapat pada tablet serta telefon pintar yang ada sekarang. Ternyata sangkaan itu meleset.

Paparan skrin yang ada pada nexus 9 ini terlalu cantik, segalanya “sharp” “crispy” dan terperinci. Bermain permainan Android yang mempunyai grafik hebat dan superb akan membuatkan anda kagum 5 saat.Apa yang anda boleh jangka dengan cip pemporosesan Nvidia Tegra K1 64Bit dan 2GB ram? Prestasi yang amat cemerlang.

Menyentuh mengenai soal spesifikasi, Nexus 9 dilengkapi dengan skrin bersaiz 8.9-inch IPS display dengan resolusi 2048 x 1536 piksel, Android 5.0 Lolipop, 2GB ram, bateri sebesar 6,700mAh , kamera utama 8 megapiksel dan 1.7 megapiksel kamera hadapan, ci pemprosesan 64-bit NVIDIA Tegra K1 processor berkelajuan 2.3GHz  dan 16/32GB memori terbina padanya.

Tonton video Ulasan Nexus : Tanggapan Awal Kami dibawah sementara menunggu ulasan penuh mengenai kelebihan dan kekurangan Nexus 9 diterbitkan tidak lama lagi. Jangan lupa untuk share dan subscribe.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here