Amazon Kembali Tawarkan Aplikasi Berbayar Secara Percuma – 14 Aplikasi Produktiviti, Berjumlah RM268

0
226 views
views

Setelah menawarkan sejumlah aplikasi serta permainan android berbayar secara percuma beberapa minggu yang lalu, Amazon kini kembali menawarkan 14 lagi aplikasi dalam kategori Produktiviti secara percuma untuk pengguna Android melalui aplikasi Amazon Appstore mereka.

Aplikasi yang ditawarkan kali ini antaranya ialah Flesky Keyboard, EasyTether, Camera Zoom, the Oxford Dictionary of English, Business Card Reader PRO, OpenDocument Reader, Office Calculator Pro dan beberapa yang lain. Kesemua aplikasi yang ditawarkan berharga sekitar RM268.

Untuk memuat turun, pastikan anda telah memasang aplikasi Amazon AppStore pada telefon pintar masing-masing dan log masuk akaun amazon anda. Bagi yang tidak mempunyai akaun Amazon, anda boleh mencipta akaun tanpa sebarang bayaran menggunakan email sendiri.

Muat Turun Amazon Appstore

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here