Senarai Telefon Pintar Yang Akan Terima Android 5.0 Lolipop

8
1,807 views
views

Android  L atau Android 5.0 Lolipop baru sahaja dilancarkan secara rasmi dan antara telefon pintar serta tablet pertama yang menerimanya ialah Nexus 6 dan juga Nexus 9. Bagi anda yang tertanya-tanya mengenai telefon pintar masing-masing akan turut dikemaskini atau tidak, kami akan menyenaraikan beberapa telefon pintar dan tablet yang telah disahkan akan dikemaskini kepada Android 5.0 Lolipop dalam minggu akan datang.

Seperti kebiasaan, siri Nexus mendahului senarai dengan menjadi siri telefon pintar pertama yang akan dikemaskini kepada Android L 5.0. Google menyatakan bahawa Nexus 5, Nexus 4 , Nexus 7 dan Nexus 10 akan menerima kemaskini Android 5.0 Lolipop dalam masa terdekat ini sekitar minggu akan datang.

GOOGLE PLAY EDITION DEVICES

Selain siri Nexus, telefon pintar yang akan turut menerima kemaskini serupa ialah siri Google Play Edition seperti Xperia Z Ultra GPE, HTC One GPE, Motorola Moto G GPE dan yang lain-lain.

– HTC One M8
– HTC One M7
– Samsung Galaxy S4
– Moto G
– Sony Z Ultra
– LG G Pad 8.3

SIRI NEXUS

– NEXUS 4 ( akhir November 2014)
– NEXUS 5 ( akhir November 2014)
– NEXUS 7 Wifi ( 3 November 2014) – Versi LTE pada akhir November
– NEXUS 10 Wifi ( 3 November 2014) – Versi LTE pada akhir November

MOTOROLA

Bagi pengguna telefon pintar Motorola,  pihak mereka telah pun mengesahkan bahawa telefon pintar mereka akan dikemaskini kepada Android 5.0 Lolipop dalam masa terdekat. Antara nya ialah :

– Moto X  (1st & 2nd Gen.)
– Moto G  (1st & 2nd Gen dan versi LTE.)
– Droid Ultra Droid Maxx
– Droid Mini
– Moto E

SAMSUNG

Samsung tidak berkongsi perancangan mereka untuk kemaskini Android 5.0 Lolipop, namun flagship phone mereka seperti Galaxy Note 4, Note 3, Galaxy S5 dan lain-lain akan dikemaskini kepada Android L namun tidak diketahui bila. Sebuah video menunjukkan Samsung Galaxy S5 menjalankan Android 5.0 Lolipop telah pun tersebar di youtube tidak lama dahulu.

Samsung melalui tweet mereka telah pun mengesahkan bahawa Galaxy Note 4 mereka akan dikemaskini ke Android 5.0 Lollipop tidak lama lagi, dan antara telefon pintar yang akan turut dikemaskini ialah :-

– Galaxy Note 4
– Galaxy Note Edge
– Galaxy S5 [December,2014]
– Galaxy S5 Dual-SIM [Jan – Feb,2015]
– Galaxy S5 Mini [Jan – Feb,2015]
– Galaxy ALPHA
– Galaxy S4 (Menanti pengesahan)
– Galaxy Note 3 (Menanti pengesahan)

HTC

HTC pula mengatakan bahawa siri telefon pintar flagship mereka akan dikemaskini dalam jangka masa terdekat iaitu 90 hari selepas Android 5.0 Lolipop dilancarkan secara rasmi. Ini menjadikan kemungkinan kemaskini untuk siri flagship device mereka ialah pada bulan Februari 2015 kelak. Apa yang anda boleh lakukan, ialah tunggu kemaskini tersebut dikeluarkan secara berperingkat mengikut negara tertentu.

– One M8
– One M8 Dual-SIM
– One E8
– One E8 Dual-SIM
– One M7
– One M7 Dual-SIM
– One Butterfly 2
– One Desire 816
– One Desire Eye
– One Max
– One mini
– One mini 2

SONY

Pihak Sony Mobile melalui blog rasmi mereka telah pun mengesahkan bahawa kesemua siri Xperia Z termasuk siri awal akan dikemaskini kepada Android 5.0 Lollipop. Telefon pintar yang dimaksudkan ialah :-

– Xperia Z
– Xperia ZL
– Xperia ZR
– Xperia Z1
– Xperia Z1s
– Xperia Z Ultra
– Xperia Z1 Compact
– Xperia Z2
– Xperia Z2 Tablet
– Xperia Z3
– Xperia Z3v
– Xperia Z3 Compact
– Xperia Z3 Tablet Compact

LG 

Pihak LG German baru-baru ini melaporkan bahawa LG G3 akan dikemaskini kepada Android 5.0 Lollipop pada penghujung tahun ini dan LG G2 dijangka akan turut menerima kemaskini serupa memandangkan ia merupakan flagship device mereka sebelum LG G3.

– LG G3
– LG G3 LTE-A
– LG G3 Beat
– LG G3 Stylus
– LG G2
– LG G Pro 2

ASUS

Pihak Asus dikatakan telah pun mengesahkan bahawa siri Asus Zenfone mereka akan dikemaskini kepada Android 5.0 Lollipop pada April 2015 akan datang termasuk PadFone S. Ini diikuti oleh Asus Padfone Infinity 2 (A86) pada bulan Jun 2015 kelak.

JENAMA/MODEL LAIN

Untuk jenama terkenal seperti Xiaomi dan OnePlus, anda boleh menjangkakan flagship device mereka akan dikemaskini kepada Android 5.0 Lolipop namun tidak diketahui jangka waktu yang tepat untuk dikemaskini.

8 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here