Review Perbandingan Nexus 6 vs Nexus 5 – Spesifikasi Dan Harga

0
505 views
views

Review ulasan Nexus 6 vs Nexus 5, mungkin ini perbandingan yang paling dinantikan oleh kebanyakkan peminat Android terutama siri Nexus. Jika dibandingkan secara kasar, Nexus 6 merupakan Nexus baru yang dinaik taraf dari setiap aspek yang dimiliki oleh Nexus 5. Jauh berbeza, itu tanggapan awal yang boleh kami katakan.

Motorola Nexus 6, jika anda masih tidak perasan, Nexus kali ini dikeluarkan oleh Motorola setelah dua tahun dikeluarkan oleh LG yang menghasilkan Nexus 5 dan juga Nexus 4 sebelum ini. Nexus 5 sebuah telefon pintar berspesifikasi tinggi ketika diperkenalkan adalah berasaskan kepada LG G2, merupakan telefon pintar terbaik yang pernah kami guna. Tiada sebarang masalah yang dapat dilihat pada Nexus 5, baik dari segi rekaan, prestasi phone dan juga kualiti kamera. Namun saiz bateri yang terlalu kecil iaitu hanya bersaiz 2300mAh, itu merupakan kelemahan utama Nexus 5.

Google dan Motorola dilihat mula mengambil berat perihal kehendak pengguna dalam menghasilkan Nexus 6. Kualiti hardware dipertingkatkan, kamera ditambah baik dengan saiz megapiksel lebih besar, bateri kini bersaiz 3200mAh dan turut dilengkapi Android L, sebuah sistem operasi terbaru milik Google yang dioptimasi khas bagi menjamin prestasi terbaik pada telefon pintar Android. Berikut adalah perbandingan spesifikasi Nexus 6 vs Nexus 5.

NEXUS 5

NEXUS 6

PAPARAN SKRIN 5-inch 1080p 5.9 INCI QUAD HD ( 1440 x 2560 (493 ppi)
PROCESSOR 2.3GHz Qualcomm Snapdragon 800 2.7GHz Qualcomm Snapdragon 805
RAM 2GB 3GB
BATERI 2300mAh internal 3220mAh internal
MEMORI TERBINA 16GB
32GB
32GB
64GB
FUNGSI/CIRI KHAS Turbo Charging
KAMERA 8 megapiksel + OIS  13 megapiksel + OIS
SISTEM OPERASI Android 4.4 KitKat (with update) ANDROID 5.0 LOLIPOP
HARGA RM1500 kebawah $649 iaitu sekitar RM2127 (32GB)
$699 sekitar RM2290 (64GB)

Selain spesifikasi yang ditambahbaik dari segala segi, antara aspek yang mungkin akan mengecewakan para peminat Android iaitu aspek penawaran harga. LG Nexus 5 diperkenalkan dengan harga permulaan mampu milik sekaligus menjadikan ia sebagai flagship phone termurah boleh didapati. Motorola Nexus 6 dilihat tidak lagi mengikut jejak langkah Nexus 5 dimana ia akan mula ditawarkan pada harga $649 (RM2127) bagi versi 32GB dan $699 (RM2290) hampir sekali ganda lebih mahal.

Menyentuh mengenai soal harga di Malaysia kelak, kami masih menunggu pihak Techbug untuk membuka tawaran pra tempahan Nexus 6 kepada pengguna di Malaysia. Dalam satu perkembangan lain, Nexus 9 iaitu sebuah tablet berspesifikasi tinggi telah pun dibuka untuk tempahan pada harga RM1699 versi 16GB wifi sahaja. Jadi adakah anda akan mendapatkan telefon pintar terbaik ini apabila ia ditawarkan di Malaysia kelak?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here