Review Android L Untuk Galaxy S5 Ditunjukkan Dalam Video Berdurasi 8 Minit

Android L, merupakan sebuah sistem operasi terbaru milik Google yang dinanti nantikan kemunculannya oleh kesemua peminat Android di seluruh dunia. Beberapa model flagship terkenal dijangka akan terima kemaskini Android L sebaik sahaja diperkenalkan kelak.

 

Samsung Galaxy S5 merupakan telefon pintar terbaik milik Samsung dan juga flagship device terkini milik mereka dijangka akan turut dikemaskini kepada Android L secepat mungkin. SamMobile dalam video terbaru mereka merakamkan ulasan mengenai sistem operasi Android L pada Galaxy S5 menunjukkan bagaimana rupabentuknya pada telefon pintar tersebut.

Samsung dilihat masih cuba mengekalkan rupabentuk TouchWiz pada Android L untuk Galaxy S5 mereka dan bagi kami, ini agak mengecewakan memandangkan Material Design yang digunakan pada stok Android L kelihatan jauh lebih menarik.

[youtube url=”http://www.youtube.com/watch?v=2yBLqnokjPM&feature=youtu.be”]

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here