Nexus 6 vs Galaxy Note 4 – Pertarungan Dua Gergasi, Dua “Android Beast”

4
807 views
views

Nexus 6 vs Galaxy Note 4 atau Galaxy Note 4 vs Nexus 6, pertarungan sengit antara dua gergasi. Kedua-dua nya dilengkapi spesifikasi tercanggih dan terkini, rekaan menarik dan terbaik, fungsi dan ciri yang hebat. Galaxy Note 4 sebelum ini digelar sebagai King of Android dan hari ini, Nexus 6 hadir mencabar kedudukan Note 4.

Hadir dengan spesifikasi yang hampir sama seperti Samsung Galaxy Note 4, mampukah Nexus 6 merampas gelaran dan menarik perhatian pengguna. Berikut ialah spesifikasi kedua-dua phablet terbaru di pasaran sekarang.

SAMSUNG GALAXY NOTE 4

MOTOROLA NEXUS 6

PAPARAN SKRIN 5.7 inci Super AMOLED 2K (515 ppi ) 5.9 inci Super Amoled 2K (493 ppi)
PROCESSOR – 2.7GHz Qualcomm Snapdragon 805
– Exynos 5433 (Malaysian version)
2.7GHz Qualcomm Snapdragon 805
RAM 3GB 3GB
BATERI 3220mAh internal 3220mAh internal
MEMORI TERBINA 32GB + SDCARD 32GB
64GB
FUNGSI/CIRI KHAS – S-Pen
– etc2
– Turbo Charging
– Water Resistant
– Dual front speaker
KAMERA – 16 megapiksel + OIS
– 4 megapiksel hadapan
– 13 megapiksel + OIS
– 2 megapiksel hadapan
SISTEM OPERASI Android 4.4.4 KitKat (with update) Android 5.0 Lolipop
HARGA RM2500 kebawah $649 iaitu sekitar RM2127 (32GB)
$699 sekitar RM2290 (64GB)
– Harga di Malaysia kelak dijangka RM2300 keatas untuk versi 32GB

Jelas menunjukkan Samsung Galaxy Note 4 mempunyai beberapa kelebihan dari segi spesifikasi dan juga harga. Kami menjangkakan harga bagi Nexus 6 adalah RM2300 keatas untuk versi 32GB dan lebih mahal untuk versi 64GB. Jika dilihat dari segi spesifikasi, Galaxy Note 4 mempunyai kelebihan dari aspek kamera (16MP vs 13MP), sokongan S-Pen dan kebolehan pen stylus tersebut yang hebat, PPI skrin yang lebih tinggi iaitu 551 ppi vs 493 ppi.

Kelebihan utama yang dimiliki oleh Nexus 6 ialah ia dilengkapi dengan stok Android, satu ciri yang hanya dimiliki oleh siri Nexus, sebuah sistem operasi yang bersih dengan antaramuka kemas tanpa sebarang aplikasi tidak berguna (bloatware). Telefon pintar ini turut dilengkapi fungsi kalis air (water resistant ) disamping dua speaker hadapan yang dilihat bakal menjanjikan pengalaman mendengar audio terbaik. Pilihan peribadi kami ? Nexus 6.

4 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here