Nexus 6 Diperkenalkan Secara Rasmi – Hadir Bersama Android L

0
347 views
views

Nexus 6 akhirnya diperkenalkan secara rasmi hari ini oleh Google dan dilancarkan serentak bersama Android 5.0 Lolipop. Sebuah telefon pintar berspesifikasi tinggi yang hadir dengan stok Android, Nexus 6 sekaligus menjadi sebuah telefon pintar terbaik yang pernah dihasilkan oleh Google.

Dengan Nexus 6, anda akan mendapat sebuah telefon pintar yang dikuasakan oleh cip pemprosesan Snapdragon 805 berkelajuan 2.7GHz+ Adreno 420,  Android 5.0 Lolipop, kamera belakang 13 megapiksel, bateri bersaiz 3200mAh ,  memori terbina sebesar 32GB / 64GB, dual speaker di bahagian hadapan dan skrin sebesar 5.96 inci dengan resolusi 1440 x 2560 (493 ppi).

Jika dilihat dari segi spesifikasi, Nexus 6 merupakan telefon pintar tercanggih buat masa ini setaraf dengan Samsung Galaxy Note 4. Jika dibandingkan dengan Nexus 5 yang diperkenalkan November 2013 yang lalu, terdapat banyak perbezaan diantara keduanya dan Nexus 6 merupakan sebuah telefon pintar siri Nexus yang dinaik taraf menepati citarasa pengguna masa kini.

Sebagai pengeluar siri Nexus kali ini, Motorola turut menyertakan teknologi Turbo Charge yang mampu memberi ketahanan bateri selama 6 jam walaupun hanya dicas selama 15 minit. Didatangkan dalam 2 pilihan warna iaitu Midnight Blue dan Cloud White, pengguna boleh mula mendapatkan telefon pintar tercanggih ini mulai 29 Oktober akan datang.

Menyentuh mengenai soal harga, pihak Motorola mengatakan bahawa Nexus 6 akan mula dijual pada harga $649 iaitu sekitar RM2127. Kami akan terus mengemaskini berita terbaru mengenai perkembangan Nexus 6 ini dari masa ke semasa.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here