Harga Samsung Galaxy Note 4 Di Malaysia

0
4,312 views
views

Samsung Galaxy Note 4 tidak dinafikan antara phablet yang amat-amat dinantikan kehadirannya di Malaysia. Mungkin ramai tertanya-tanya mengenai harga Galaxy Note 4 yang ditawarkan kepada pengguna. Dilengkapi spesifikasi tercanggih yang ada pada phablet setakat ini, kini ia telah pun ditawarkan kepada pengguna di Malaysia.

IKLAN

Melalui semakan kami di beberapa kedai/online, terdapat beberapa penjual tempatan yang menawarkan Samsung Galaxy Note 4 di Malaysia pada harga mampu milik tidak ketinggalan ada yang sedikit mahal. Lazada dilihat menawarkan phablet terbaru milik Samsung ini pada harga sekitar RM2500±, ValueBasket pada harga sekitar RM2700± dan SatuGadget pada harga sekitar RM2700.

 

Kesemua model yang dijual merupakan variasi Galaxy Note 4 SM-N910, SM-N910U yang menggunakan cip pemprosesan Exynos Octa Core milik Samsung dan bukan variasi Snapdragon 805 berkelajuan 2.7GHz (SM-N910S).

Menyentuh mengenai soal spesifikasi, Galaxy Note 4 dilengkapi :

– 5.7”Quad HD Super AMOLED display
– Android 4.4.4 Kit Kat
– Exynos 5433 (Quad-core 1.3 GHz Cortex-A53 & Quad-core 1.9 GHz Cortex-A57)
– Kamera 16 megapiksel + 4 megapiksel hadapan
– 32GB memori dalaman + sokongan sdcard 128GB
– 3GB Ram
– 3,220 mAh battery

Untuk makluman anda, kesemua set yang dijual merupakan set yang diimport dari luar dan warranti adalah dari pekedai (original AP set) bukan SME set. Kami menasihatkan agar memilih “cash on delivery (COD)” ketika pembelian bagi memastikan anda tidak diperdaya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here