Harga HTC Nexus 9 Di Malaysia – Pra Tempahan Kini Dibuka

0
434 views
views

Harga Nexus 6 dan juga Nexus 9 di Malaysia mungkin antara perkara yang menjadi persoalan kebanyakkan peminat Android di Malaysia termasuk mengenai cara untuk mendapatkannya secepat mungkin. Berita baik bagi anda yang tidak sabar untuk mendapatkan tablet terbaru milik Google yang dihasilkan dengan kerjasama daripada pihak HTC selaku pihak pengeluar menggantikan Samsung yang menjadi pengeluar sebelum ini, rakan kami di Techbug.My telah pun mula membuka tawaran pra-tempahan Nexus 9 bagi mereka yang berminat dengannya.

Nexus 9 dijual pada harga RM1699 bagi versi 16GB wifi sahaja buat masa ini dan ditawarkan dalam 3 pilihan warna iaitu Indigo Black, Lunar White dan juga Sand. Anda boleh mula membuat tempahan melalui halaman rasmi Techbug.My mulai hari ini.

Menyentuh mengenai soal spesifikasi, Nexus 9 dilengkapi dengan skrin bersaiz 8.9-inch IPS display dengan resolusi 2048 x 1536 piksel, Android 5.0 Lolipop, 2GB ram, bateri sebesar 6,700mAh , kamera utama 8 megapiksel dan 1.7 megapiksel kamera hadapan, ci pemprosesan 64-bit NVIDIA Tegra K1 processor berkelajuan 2.3GHz  dan 16/32GB memori terbina padanya.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here