Framelapse – Rekod Video Time Lapse Menggunakan Telefon Pintar Android Anda

0
448 views
views

Bagi anda yang mengikuti perkembangan teknologi semasa pasti mengetahui mengenai fungsi Hyperlapse yang diperkenalkan oleh Instagram kepada pengguna iOS sahaja, malang buat pengguna Android dimana buat masa ini ia tidak akan diperkenalkan kepada anda diatas beberapa faktor teknikal.

Bagi pengguna Android yang tetap ingin merakamkan video time lapse menggunakan telefon pintar masing-masing, antara aplikasi terbaik yang boleh anda gunakan ialah Framelapse yang boleh dimuat turun secara percuma di Google Play Store.

Sepanjang penggunaan kami, ianya sangat mudah untuk digunakan berbanding beberapa aplikasi serupa yang lain disamping menawarkan fungsi dan ciri-ciri premium secara percuma kepada pengguna. Sudah tentu anda boleh membeli versi Pro untuk menggunakan fungsi yang lebih advance yang ada padanya.

Muat turun aplikasi ini sekarang dan rekod video time lapse kegemaran anda.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here