Android 5.0 Lollipop untuk siri Asus Zenfone kini telah pun disahkan akan hadir pada bulan April 2015 kelak dimana sebuah laman web teknologi Taiwan melaporkan pihak Asus telah pun bersetuju untuk mengemaskini peranti siri Zenfone mereka pada tahun hadapan.
Selain siri Zenfone, turut akan dikemaskini ialah PadFone S diikuti oleh Asus Padfone Infinity 2 (A86) pada bulan Jun 2015. Untuk Padfone X dan juga Padfone X Mini serta beberapa model lain, masih tiada maklumat rasmi dikongsikan oleh Asus samada peranti- peranti akan dikemaskini kepada Android 5.0 Lollipop ataupun tidak.
Untuk rekod, siri Asus Zenfone merupakan siri telefon pintar bajet milik Asus yang dilengkapi dengan cip pemprosesan Intel dan diperkenalkan pada harga yang sangat rendah. Kesemua siri Zenfone 6 , Zenfone 5 dan Zenfone 4 telah pun ditawarkan kepada penggguna di Malaysia sejak beberapa bulan yang lalu.
SUMBER | VIA | VIA
Anas Sofwan
Asyraf Rasyidi
Hamka Rahman
Lama lg nim. Maybe masa dok tnggu zenfone nk dpt update dah beli phone lain da :v
Tudiaaa Annies Yusof huhuhu
Lambat lg