Pengguna Asus Zenfone yang menantikan kemaskini Androd 4.4 Kit Kat untuk telefon pintar masing-masing mungkin boleh rasa lega sekarang memandangkan Android 4.4 Kit Kat untuk kesemua siri Zenfone iaitu Zenfone 4, 5 dan 6 telah pun dikeluarkan secara rasmi oleh pihakAsus.
Seperti biasa kemaskini tersebut dikeluarkan secara berperingkat mengikut negara tertentu dimana China dan Taiwan dilaporkan antara negara terawal yang telah pun menerimanya.
File firmware boleh di muat turun dari halaman rasmi Asus jika anda ingin mengemaskini telefon pintar masing-masing secara manual.
SUMBER | VIA