Sony Xperia Z3 Tablet Compact Dilancarkan – Tablet Canggih Dilengkapi Snapdragon 801 CPU Dan 3GB Ram

Sony Xperia Z3 Tablet Compact dilancarkan secara rasmi hari ini melengkapkan lagi siri Xperia Z3 yang turut diperkenalkan serentak bersama Xperia Z3 Compact dan juga Xperia E3. Tablet berkuasa tinggi ini dilengkapi skrin HD bersaiz 8 inci berbeza dengan Xperia Z2 Tablet yang diperkenalkan tidak lama dahulu.

Antara spesifikasi yang terdapat pada Xperia Z3 Tablet Compact ialah :

  • 8-inch Full HD (1920 x 1080) TRILUMINOS display, with X-Reality and Live Color LED technology
  • 2.5GHz quad-core Snapdragon 801 CPU, Adreno 330 GPU
  • 3GB of RAM
  • 16GB storage with microSD
  • 8.1MP Exmor RS rear camera, 2.2MP front camera
  • Sony Front Surround™ audio technology
  • Optional 4G LTE support
  • IP65/IP68 rating – waterproof and dustproof
  • 270gram weight
  • Digital noise-cancelling technology for an immersive audio experience
  • 4500 mAh battery — provides estimated 10 hours multimedia usage
  • Quick charge technology

Masih mengekalkan ciri-ciri kalis air, Xperia Z3 Tablet Compact ini turut mempunyai speaker hadapan dengan teknologi Sony Front Surround menjadikan kualiti bunyi yang terhasil jauh lebih jelas dan baik, PS4 Remote Play Support yang membolehkan pengguna mengawal PS4 terus dari tablet masing-masing.

Menyentuh mengenai soal jualan, sehingga kini tiada maklumat rasmi dikongsikan berkenaan harga atau tarikh jualan dan seperti model terdahulu, ia boleh didapatkan dalam variasi LTE dan WiFi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here