Samsung Galaxy Note Edge – Dilengkapi Skrin Melengkung, Spesifikasi Canggih

0
353 views
views

Samsung hari ini memperkenalkan siri Galaxy Note terbaru mereka iaitu Galaxy Note Edge yang dilengkapi spesifikasi canggih dan skrin yang melengkung di bahagian tepi. Diperkenalkan serentak bersama Samsung Galaxy Note 4, Note Edge mempunyai spesifikasi yang sama seperti Note 4.

samsung-galaxy-note-edge-01

Samsung menggunakan software tersendiri untuk mengasingkan fungsi skrin melengkung tersebut dengan skrin sedia ada dan ini bermakna Galaxy Note Edge seakan dilengkapi dua skrin berbeza namun saling berhubung. Skrin melengkung tersebut berfungsi seakan “Quick Launcher” dimana anda boleh mengakses terus aplikasi yang sering digunakan melaluinya.

Ia juga mempunyai widget tersendiri dan berfungsi sebagai news ticker memaparkan pelbagai informasi, tweet dan sebagainya. Dalam sesetengah aplikasi, skrin melengkung tersebut bertindak sebagai pemapar menu aplikasi.Sebagai contoh, apabila aplikasi kamera dibuka, menu kamera tersebut terletak di bahagian skrin yang melengkung manakala skrin biasa akan memaparkan gambar yang ingin diambil.

Image Credit : Gizmodo

Ketika waktu malam, skrin melengkung pada Galaxy Note Edge akan bertindak sebagai pemapar jam alarm dimana pengguna tidak perlu melihat kepada skrin namun hanya perlu memandang pada bahagian tepi Note Edge tersebut.

Menyentuh mengenai soal spesifikasi, Galaxy Note Edge dilengkapi :

Network 2.5G (GSM/ GPRS/ EDGE) : 850/900/1800/1900 MHz
3G (HSPA+ 42Mbps): 850/900/1900/2100 MHz
4G (LTE Cat 4 150/50Mbps) or 4G (LTE Cat 6 300/50Mbps)
Processor 2.7 GHz Quad-Core Processor
Display 5.6 inch (141.9mm) Quad HD Super AMOLED (2560 x 1440 + 160)
Operating system Android 4.4.4 KitKat
Cameras Rear Facing: 16 megapixel autofocus camera with smart OIS
Front Facing: 3.7 megapixel camera with f/1.9 aperture
Rear Facing Camera : HDR (Rich tone), Selective Focus, Rear-cam Selfie, Beauty face, Virtual Tour Shot, Shot & More, Dual Camera
Front Facing Camera: Selfie, Wide Selfie
Video Codec: H.264, MPEG-4, H.263, VC-1, WMV7, WMV8, Sorenson Spark, MP43, VP8
Recording & Playback: up to UHD
Audio Codec: MP3, AAC/AAC+/eAAC+, WMA, AMR-NB/WB, Vorbis, FLAC Ultra High Quality Audio (~192KHz, 24 bit) support
S Pen features Air Command (Action Memo, Smart Select, Image Clip, Screen Write), S Note, Snap Note, Direct Pen Input
Additional features Multi Window, Ultra Power Saving Mode, Voice Recorder (Normal Mode, Interview Mode, Meeting Mode, Voice Memo)
Download booster, S Health 3.5, Dynamic Lock Screen, Briefing
Edge screen UX : Revolving Interaction, Immersive apps (Camera, Video, S Note), Ticker board, Express me, Quick Tools, Night Clock, etc
Google Mobile Services Chrome, Drive, Photos, Gmail, Google, Google+, Google Settings, Hangouts, Maps, Play Books, Play Games, Play Newsstand, Play Movie & TV, Play Music, Play Store, Voice Search, YouTube
Connectivity WiFi 802.11 a/b/g/n/ac (HT80) MIMO PCIe
GPS / GLONASS / Baidu
NFC, Bluetooth® v 4.1 (BLE, ANT+)
IR LED (Remote Control), USB2.0, MHL 3.0
Sensor Gesture, Accelerometer, Geo-magnetic, Gyroscope, RGB,IR-LED
Proximity, Barometer, Hall Sensor, Finger Scanner, UV, Heart Rate Monitoring, SpO2 (Dependent on market)
Memory 32/64GB Internal memory, micro SD slot (up to 64GB)
3GB RAM
Dimensions 151.3 x 82.4 x 8.3mm, 174g
Battery Standard battery, Li-ion 3,000mAh, Fast Charging (Adaptive Fast Charging & QC2.0)

Dengan cip pemprosesan Snapdragon 805 berkelajuan 2.7GHz, 3GB ram , kamera 16 Megapiksel, Android 4.4.4 KitKat, bateri bersaiz 3200mAh dan 32/64GB internal memori menjadikan ia sebagai telefon pintar paling berkuasa setakat ini.

Image Credit : TheVerge

Menyentuh mengenai tarikh jualan dan harga rasmi, Samsung mengatakan kedua-dua Galaxy Note 4 dan Galaxy Note Edge boleh didapati pada bulan Oktober 2014 namun tidak menyatakan harga rasmi phablet tersebut. Mampukah telefon pintar dari jenama lain menyaingi spesifikasi yang digunakan oleh phablet terbaru milik Samsung ini?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here