Samsung Galaxy Note 4 – Phablet Tercanggih Dengan Prosessor Snapdragon 805 Berkelajuan 2.7Ghz

0
322 views
views

Samsung Galayx Note 4 menarik perhatian seluruh peminat android apabila ia dilancarkan secara rasmi hari ini. Dilengkapi spesifikasi yang mengagumkan, Note 4 memegang takhta telefon pintar atau phablet dengan spesifikasi terhebat buat masa ini.

Sebuah phablet yang dinaik taraf daripada model Galaxy Note 3 terdahulu, kini ia dilengkapi paparan skrin yang lebih baik walaupun saiz masih sama, processor yang lebih laju dan software baru. Jika dilihat dengan mata kasar, Galaxy Note 4 mempunyai rekabentuk tidak jauh berbeza dengan Galaxy Note 3, namun lebih menarik.

Perubahan paling ketara Galaxy Note 4 ini ialah Samsung tidak lagi menggunakan kemasan plastik padanya dan digantikan dengan kemasan metal menjadikan ia lebih kemas dan solid. Bahagian belakang phablet tersebut masih mengekalkan bahan seperti kulit namun lebih baik.

Samsung Galaxy Note 4 dilengkapi spesifikasi terhebat buat masa ini dimana ia mempunyai skrin Quad HD  bersaiz 5.7 inci, 2.7GHz quad-core Snapdragon 805 processor, 3GB RAM, 32GB internal storage + micro SD expansion, 3,220mAh battery, 16MP camera + OIS, 3.7MP front camera, metal-framed body yang hanya mempunyai ketebalan sekitar 8.5mm.

Samsung mengatakan bateri bersaiz 3220mAh yang terdapat pada phablet ini mampu dicas pada tempoh yang singkat. Dilengkapi teknologi Quick Charging, ia hanya mengambil masa 30 minit untuk dicas pada tahap 50%. Spesifikasi lengkap Samsung Galaxy Note 4 ini ialah :

Processor 2.7 GHz Quad-Core Processor
1.9 GHz Octa-Core (1.9GHz Quad + 1.3GHz Quad-Core) Processor
Display 5.7 inch (143.9mm) Quad HD Super AMOLED (2560 x 1440)
Operating system Android 4.4.4 KitKat
Cameras Rear Facing: 16 megapixel autofocus camera with smart OIS
Front Facing: 3.7 megapixel camera with f/1.9 aperture
Rear Facing Camera : HDR (Rich tone), Selective Focus, Rear-cam Selfie, Beauty face, Virtual Tour Shot, Shot & More, Dual Camera
Front Facing Camera: Selfie, Wide Selfie
Video Codec: H.264, MPEG-4, H.263, VC-1, WMV7, WMV8, Sorenson Spark, MP43, VP8
Recording & Playback: up to UHD
Audio Codec: MP3, AAC/AAC+/eAAC+, WMA, AMR-NB/WB, Vorbis, FLAC Ultra High Quality Audio (~192KHz, 24 bit) support
S Pen features Air Command (Action Memo, Smart Select, Image Clip, Screen Write), S Note, Snap Note, Direct Pen Input
Additional features Multi Window, Ultra Power Saving Mode, Voice Recorder (Normal Mode, Interview Mode, Meeting Mode, Voice Memo)
Download booster, S Health 3.5, Dynamic Lock Screen, Briefing
Google Mobile Services Chrome, Drive, Photos, Gmail, Google, Google+, Google Settings, Hangouts, Maps, Play Books, Play Games, Play Newsstand, Play Movie & TV, Play Music, Play Store, Voice Search, YouTube
Connectivity WiFi 802.11 a/b/g/n/ac (HT80) MIMO PCIe
GPS / GLONASS / Baidu
NFC, Bluetooth® v 4.1 (BLE, ANT+)
IR LED (Remote Control), USB2.0, MHL 3.0
Sensor Gesture, Accelerometer, Geo-magnetic, Gyroscope, RGB,IR-LED
Proximity, Barometer, Hall Sensor, Finger Scanner, UV, Heart Rate Monitoring, SpO2 (Dependent on market)
Memory 32 GB Internal memory + micro SD slot (up to 64GB)
3GB RAM
Dimensions 153.5 x 78.6 x 8.5mm, 176g
Battery Standard battery, Li-ion 3,220mAh, Fast Charging (Adaptive Fast Charging & QC2.0)

Selain Samsung Galaxy Note 4, Samsung Mobile turut memperkenalkan variasi baru siri Galaxy Note iaitu Samsung Galaxy Note Edge. Mempunyai spesifikasi menyerupai Galaxy Note 4, apa yang membezakan antara keduanya ialah Note Edge mempunyai skrin melengkung yang bertindak sebagai skrin kedua bagi phablet tersebut.

Menyentuh mengenai soal jualan, buat masa ini masih tiada maklumat rasmi dikongsikan oleh Samsung berkenaan harga dan tarikh jualan rasmi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here