Cara Root Xperia ZL Android 4.4.4 Kit Kat Firmware .283

4
732 views
views

Cara root Xperia ZL Android 4.4.4 Kit Kat firmware .283 , itu tutorial yang akan kami tunjukkan kepada anda dalam sesi tutorial root kali ini. Bagi yang terlepas, siri Xperia Z lama telah pun dikemaskini ke Android 4.4.4 Kit Kat membawakan firmware .283 kepada telefon pintar tersebut.

Cara yang sama seperti proses root Xperia Z Android 4.4.4 Kit Kat, apa yang berbeza ialah kernel Xperia ZL digunakan.Sedikit penerangan,secara ringkasnya terdapat 3 langkah utama yang perlu dilakukan dalam proses ini :

– Pertama, flash kernel .230 pada Xperia ZL.
– Selesai flash kernel, jalankan proses root.
– Selesai root, flash semula kernel asal Android 4.4.4 iaitu .283 pada Xperia ZL dan selesai.

PERSEDIAAN SEBELUM ROOT

1– Pastikan segala driver phone dah pun diinstall. (Rujuk tutorial di bawah)
2– Pergi pada setting > developer option kemudian tick pada USB Debugging dan juga Unknown Sources.
3– Download alatan dibawah.

– Flashtool terbaru ( Muat Turun )
– Driver Xperia (Muat Turun)
– Kernel .230 ( Muat Turun )
– EasyRoot (Muat Turun)
– Kernel .283 ( Muat Turun )

CARA INSTALL DRIVER PADA KOMPUTER (Untuk Pengguna Baru)

1- Install file Driver Xperia yang dah dimuat turun tadi pada komputer anda.
2- Install flashtool driver pada komputer anda dengan cara :

– Download flashtool terbaru dan install pada komputer anda.
– Buka folder flashtool tadi ( local disk C > Flashtool > Drivers > Flashtool drivers) dan install.
– Scrool ke bawah dan tick pada Xperia ZL.

– Pastikan proses install selesai sepenuhnya dan bagi pengguna Windows 8 , anda akan mengalami masalah untuk install driver2 tersebut dan cara khas perlu dibuat dimana kami akan update dalam satu artikel lain tentang bagaimana cara install drivers pada Windows 8.

IKUTI TUTORIAL INSTALL DRIVER XPERIA PADA WINDOWS 8/8.1 YANG TELAH KAMI SEDIAKAN.

CARA FLASH KERNEL .230

1- Buka flashtool yang dah diinstall tadi.
2- Tekan pada anak panah petir dan pilih flashmode.
3- Pilih firmware .230 dan pilih kernel sin dekat sebelah.
4- Tekan ok dan ikut arahan yang tertera.(Butang back = Volume Down)
5- Selesai proses flash , on kan phone tadi.Ikut arahan bawah.

CARA ROOT XPERIA ZL ANDROID 4.4.4

1- Buka file EasyRoot tadi dan sambungkan phone.
2- Tekan runme.bat
3- Ikut arahan yang tertera.
4- Selesai dan offkan phone.
5- Ikut arahan bawah.

CARA FLASH KERNEL .283

1- Buka flashtool yang dah diinstall tadi.
2- Tekan pada anak panah petir dan pilih flashmode.
3- Pilih firmware .283 dan pilih kernel sin dekat sebelah.
4- Tekan ok dan ikut arahan yang tertera.
5- Selesai proses flash, on kan phone.

Selesai proses diatas, pergi ke Playstore dan update aplikasi SuperSU kemudian buka SuperSU tadi dan update Binaries jika diminta. Xperia ZL anda akan mempunyai akses root penuh selepas selesai kesemua langkah diatas.

SUMBER | VIA

4 COMMENTS

  1. Dah 2 kali buat masih tak berjaya..
    Mohon pencerahan..
    Seblum install flashtool/driver phone kena sambung ke pc ke?
    Selepas download semua tu ada fail yg kena pindah tak..cth:ftf mmg kena pindah ke fail firmware..slain dri tu ada lg x..
    Sorry newbie..

    • install flashtool tak perlu sambung phone. Apa yang penting install drivers flashtool dalam folder Drivers di Flashtool.
      Lepas download file, nak pindah boleh taknak pun boleh cuma pastikan file yg betul dipilih masa proses dijalankan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here