Bagaimana Cara Memuat Turun Aplikasi Berbayar Android Secara Percuma?

0
504 views
views

Download aplikasi android berbayar secara percuma merupakan aktiviti kebanyakkan pengguna Android dan boleh dikatakan 98% melakukannya secara tidak sah.

Dalam artikel kali ini kami akan tunjukkan cara memuat turun aplikasi berbayar android secara percuma dan secara sah tanpa melibatkan proses rumit.

Cara yang paling mudah ialah menggunakan aplikasi Amazon.com dimana pihak mereka menawarkan sebuah aplikasi berbayar secara percuma sehari kepada pengguna yang memasang aplikasi ini pada telefon pintar masing-masing.

Buat masa ini, Amazon sedang menawarkan beberapa aplikasi secara percuma bernilai $135 (RM440). Antaranya ialah :

– Abyss : The Wraith of Eden (Full)
– Quell Memento
– Riptide GP2
– Paper Camera

Apa yang anda perlu lakukan ialah :

1- Muat turun aplikasi Amazon Appstore
2- Daftar akaun Amazon atau log masuk jika anda telah mempunyai akaun.
3- Lihat pada bahagian “Free Apps of the Day”, satu bahagian dimana anda dibenarkan untuk memuat turun aplikasi berbayar secara percuma menggunakan konsep “Sehari Satu Aplikasi”.

Kami tidak pasti berapa lama promosi ini akan berjalan dan pastikan anda memuat turun secepat mungkin melalui aplikasi Amazon AppStore sebelum ianya tamat.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here