Berita baik buat pengguna siri lama Xperia Z iaitu Xperia Z, ZL, ZR dan Tablet Z dimana Sony Mobile telah mula mengeluarkan kemaskini Android 4.4.4 Kit Kat membawakan firmware 10.5.1.A.0.283 untuk barisan telefon pintar tersebut.
Perkara ini turut disahkan oleh Sony sendiri melalui tweet mereka. Antara perubahan yang terdapat dalam kemaskini kali ini ialah
just in: #android 4.4.4 rolls for #Xperia Z, ZL, ZR & Tablet Z – brings fixes, battery, wifi & email improvements and more #SonyXperia
— Sony Xperia News (@SonyMobileNews) September 9, 2014
– Sistem operasi Android 4.4.4 Kit Kat
– Prestasi bateri yang jauh lebih baik
– Penambahbaikan terhadap MMS, Kalendar, Wifi, Contact dan lain-lain
– Penyelesaian terhadap bugs dan isu yang wujud dalam kemaskini sebelum ini
Kemaskini dapat dilakukan melalui PC Companion ataupun Update Centre pada telefon pintar masing-masing. Kami akan kongsikan file ftf firmware 10.5.1.A.0.283 ini dalam masa terdekat untuk digunakan dalam proses kemaskini manual menggunakan flashtool.
Yup btol tu.. Bteri performance dh dtmbh baik
Knpa xperia z sy xleh nk install software baru ni dh byk kali try tp tetap gagal sapa2 bleh tlg
dah try guna pc companion ? kalau tak boleh jugak, guna cara manual flash melalui flashtool. Tutorial http://soleheen.com/?p=6177
solehen nk root phone galaxy cmna de tutorial x?
Mohd Zubir galaxy apa bro?
samsung galaxy s GT-I9000
mohon bantuan
root htc macam mana paling senang