Android 4.4.4 Kit Kat Untuk Xperia T2 Ultra Kini Rasmi – Firmware 19.1.1.A.0.165

0
307 views
views

Selepas siri lama Xperia Z terima Android 4.4.4 Kit Kat, kini giliran Sony Xperia T2 Ultra menerima kemaskini serupa membawakan firmware 19.1.1.A.0.165 kepada telefon pintar tersebut.

Sony melalui akaun twitter Sony Xperia News mereka mengumumkan kemaskini tersebut kini telah pun dikeluarkan secara berperingkat kepada pengguna. Seperti biasa, anda harus menunggu memandangkan ia tidak dikeluarkan secara serentak.

https://twitter.com/SonyMobileNews/status/510332440653885440

Menyentuh mengenai soal perubahan yang ada pada Android 4.4.4 Kit Kat firmware 19.1.1.A.0.165 ini ialah :

– Android 4.4.4 Kit Kat
– Prestasi telefon ditingkatkan
– Sistem operasi yang lebih stabil
– Segala bugs serta isu yang wujud dalam kemaskini sebelum ini telah diselesaikan

Walaubagaimanapun, terdapat isu dimana versi android yang ditunjukkan pada bahagian About Phone bukanlah Android 4.4.4 seperti yang diperkatakan namun hanya Android 4.4.3 ditunjukkan. Kami tidak pasti samada ini kesilapan teknikal ataupun tidak.

Kemaskini dapat dilakukan melalui PC Companion ataupun Update Centre pada telefon pintar masing-masing. Kami akan kongsikan file ftf firmware  19.1.1.A.0.165 ini dalam masa terdekat untuk digunakan dalam proses kemaskini manual menggunakan flashtool.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here