Xperia M2 Aqua Diperkenalkan – Telefon Kalis Air Terbaik

0
489 views
views

Sony hari ini memperkenalkan Xperia M2 Aqua, sebuah telefon pintar dengan rating kalis air tertinggi dan terbaik yang pernah dihasilkan. Dilengkapi dengan spesifikasi kelas pertengahan,spesifikasi Xperia M2 Aqua ini menyerupai Xperia M2 yang diperkenalkan tidak lama dahulu.

Masih mengekalkan skrin bersaiz 4.8-inch resolusi qHD, processor Snapdragon 400, memori dalaman 8GB + sokongan sdcard sehigga 32GB, 1GB ram, kamera 8 megapiksel dan bateri bersaiz 2,300 mAh. Xperia M2 Aqua didatangkan dengan Android 4.4.2 berbeza dengan Xperia M2 yang menggunakan Android 4.3 Jelly Bean ketika diperkenalkan tidak lama dahulu.

Apa yang membezakan antara kedua jenis model ini ialah Xperia M2 Aqua merupakan telefon pintar kalis air dan rating yang diguna pakai lebih baik berbanding Xperia Z2 sendiri. Ini menjadikan telefon pintar ini mampu bertahan pada kedalam 1.5 meter selama 30 minit.

Buat masa ini, masih tiada maklumat rasmi dikongsikan oleh Sony Mobile mengenai harga dan juga tarikh jualan rasmi Xperia M2 Aqua dan ia dijangka akan berada di dalam pasaran pada September kelak.

SUMBER | SONY MOBILE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here