WhatsApp Beta Kini Menyokong Android Wear

2
468 views
views

Android Wear merupakan antara perkara yang menarik perhatian kami ketika acara Google I/O yang diadakan baru-baru ini. Sebuah sistem operasi khas untuk jam tangan (wearable device) berasaskan Android 4.4W yang berfungsi untuk membantu memudahkan urusan seharian.

Beratus-ratus aplikasi kini giat dibangunkan dan diubahsuai untuk disesuaikan dengan sistem operasi Android Wear dan yang terbaru pihak WhatsApp kini memperkenalkan sokongan terhadap Android Wear. Segala notifikasi kini akan dipaparkan pada jam tangan pintar anda.

Pengguna akan turut boleh membalas teks yang diterima secara terus pada jam tangan menggunakan arahan suara tanpa perlu menaip. Bagi yang berminat, muat turun WhatsApp versi Beta melalui laman web rasmi mereka dan pasang pada telefon seperti biasa. Aplikasi tersebut akan terus di selarikan kepada jam tangan Android Wear anda.

Muat Turun WhatsApp Beta

SUMBER | ANDROIDCOMMUNITY

2 COMMENTS

  1. Nak root xperia tanpa pc? Search TOWELROOT APK di google download dan install kat phone seperti biasa. Lepas tu buka dan klik dekat “make it rain” ianya akan bagitau kalau berjaya. Berfungsi untuk root hampir semua model xperia. Selamat mencuba.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here