Nexus 6 merupakan antara telefon pintar yang ditunggu-tunggu oleh peminat Android di seluruh dunia dan apa yang menariknya, kali ini ia dikatakan akan dikeluarkan oleh Motorola dan dilengkapi dengan spesifikasi tinggi setaraf beberapa model terkenal yang lain.
Maklumat awal spesifikasi Motorola Shamu dikesan melalui ujian benchmark yang dipaparkan di laman web GFXBench menunjukkan perbandingan prestasi antara smartphone yang dikatakan sebagai Nexus 6 dan beberapa model lain.
GFXBench menyenaraikan spesifikasi Nexus ‘Shamu’ namun ia diragui memandangkan nama model yang ditunjukkan disertakan dengan tanda soal “?” di akhir nama tersebut, sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh laman web terkenal itu. Antara spesifikasi yang bakal digunakan oleh Nexus terbaru kelak ialah
Walaubagaimanapun, masih terlalu awal untuk mengesahkan kehadiran Nexus 6 memandangkan tiada maklumat rasmi yang dikongsikan oleh Google mahupun Motorola. Siri telefon pintar Nexus merupakan telefon pintar terbaik yang boleh anda miliki, dilengkapi spesifikasi tinggi, ia juga merupakan smartphone pertama yang akan dikemaskini apabila versi baru Android diperkenalkan seperti Android L.
SUMBER | VIA
pufffff!
Masih lagi rumours …heheheh stay calm dude…
xpi specs dia sma dgn moto x+1…. adakah lbh kurang
gimmick or innovation???