LG G Watch R Diperkenalkan – Rekabentuk Bulat Dengan Paparan Skrin P-Oled

Walaupun LG G Watch (ikuti ulasannya) baru sahaja diperkenalkan tidak sampai 3 bulan yang lalu, kini LG telah pun memperkenalkan siri jam tangan pintar terbaru mereka iaitu LG G Watch R, sebuah jam tangan pintar dengan rekaan bulat seperti jam biasa yang anda lihat.

Masih dilengkapi dengan cip pemprosesan Snapdragon 400 berkelajuan 1.2GHz, antara spesifikasi lain jam tangan pintar ini ialah :

LG-G-Watch-R

  • 1.3-inch P-OLED Display (320 x 320)
  • 1.2GHz Qualcomm Snapdragon 400 processor
  • 512MB RAM, 4GB eMMC
  • Android Wear OS (compatible with smartphones running Android 4.3 and above)
  • Dust and Water Resistant (IP67)
  • Sensors: 9-Axis (Gyro/ Accelerometer/ Compass), Barometer, PPG
  • 410mAh battery

Apa yang menarik ialah, paparan skrin pada G Watch R kini lebih baik dan tidak lagi mempunyai masalah untuk dilihat ketika dibawah cahaya matahari. Resolusi pada jam tangan pintar ini juga lebih baik berbanding model LG G Watch terdahulu.Photoplethysmography (PPG) sensor turut dimasukkan dan kini mampu mengukur degupan jantung anda.

Didatangkan dalam pilihan warna hitam, tarikh jualan serta harga rasmi dijangka akan diumumkan oleh LG pada acara IFA2014 akan datang.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here