Nexus 8, merupakan antara tablet Nexus yang disebut-sebut bakal dikeluarkan oleh Google tidak lama lagi. Sebelum ini, sekeping gambar yang dikatakan sebagai Nexus 9 tersebar dan dikenali sebagai HTC Volantis. Maklumat mengenai spesifikasi HTC Volantis turut dikongsikan.
Dalam perkembangan terbaru, maklumat spesifikasi sebuah tablet Nexus yang dikatakan sebagai Nexus 8 dikongsikan oleh UpLeaks memaparkan spesifikasi yang berlainan berbanding HTC Volantis.
Nexus 8 akan dikeluarkan oleh HTC dilengkapi :
– Cip pemprosesan berkuasa tinggi NVIDIA Tegra K1
– Ram 4GB
– Skrin 8 inci 2560 x 1600-pixel
– Kamera 8 Megapiksel + 1.6 megapiksel bahagian hadapan
– Sokongan LTE
– Binaan aluminum
https://twitter.com/upleaks/statuses/497638730509713409
Buat masa ini, masih terlalu awal untuk mengatakan maklumat ini benar dan spesifikasi yang akan diperkenalkan kelak berkemungkinan akan berbeza.
Nak root xperia tanpa pc? Search TOWELROOT APK di google download dan install kat phone seperti biasa. Lepas tu buka dan klik dekat “make it rain” ianya akan bagitau kalau berjaya. Berfungsi untuk root hampir semua model xperia. Selamat mencuba.
LG lagi. Zzzzz
HTC la sayang, reti baca tak?
mau 2 k rege nye
Nak up grade lenovo A889 jelly bean ke kit kat boleh ke?