Harga Xiaomi Mi4 Di Malaysia – Kini Ditawarkan Penjual Tempatan

10
1,913 views
views

Harga Xiaomi Mi4 di Malaysia, sebuah telefon pintar yang mencetuskan fenomena, Xiaomi Mi4 kini mula ditawarkan oleh penjual tempatan di Malaysia. Dilengkapi dengan spesifikasi tinggi, ianya setaraf beberapa model terkenal lain, apa yang menarik mengenai telefon pintar dari China ini ialah ia ditawarkan pada harga jauh lebih rendah.

Xiaomi Mi4 ditawarkan beberapa penjual tempatan yang membawa masuknya pada harga permulaan sekitar RM1439 (16gb) yang merupakan AP set (original, waranti daripada kedai). Secara ringkas, antara spesifikasi Xiaomi Mi4 ialah :

– Skrin definisi tinggi 1080p bersaiz 5 inci
– Memori dalaman 16 / 64 GB
– 3GB Ram
– 2.5GHz Quad core processor  Snapdragon 801 + Adreno 330
– Kamera 13 megapiksel + 8 megapiksel kamera hadapan
–  Li-Ion 3080 mAh battery
– Android 4.4.3 Kit Kat

Xiaomi Mi4 dilihat perlu bersaing dengan beberapa model jenama lain antaranya OnePlus One yang mempunyai spesifikasi dan ciri-ciri hebat dan turut ditawarkan pada harga sangat rendah.

Jadi, adakah anda akan mendapatkan telefon pintar ini atau ingin menunggu ia ditawarkan secara rasmi di Malaysia?

10 COMMENTS

    • boleh die tanye soalan ni, kau kenal redmi 1s, die same taraf dengan moto gi tapi harge die 1/3 lebih murah, boleh dikatekan mi 4 same taraf dengan iphone 6 dan galaxy s5 tetapi dengan perbezaan harga sebanyak rm1000….camner 🙂

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here