GPhone POMP C6 Mini Diperkenalkan Secara Rasmi – Dilengkapi Skrin 5″ , Android 4.4 KitKat

1
512 views
views

Selepas memperkenalkan GPhone Evo, sebuah smartphone berkuasa tinggi tidak lama dahulu (ikuti ulasannya), GPhone hari ini memperkenalkan sebuah lagi siri telefon pintar dengan skrin bersaiz 5 inci iaitu POMPM C6 Mini. Sebuah smartphone dalam kelas pertengahan, ia dilengkapi spesifikasi yang tidak harus dipandang ringan.

Dikuasakan dengan cip pemprosesan MediaTek MTK6582 berkelajuan 1.3GHz, ia turut mempunyai skrin bersaiz 5 inci dengan resolusi 720p, sokongan dual sim, kamera 8 megapiksel, kamera hadapan 5 megapiksel, 1GB ram, 4GB internal memori, sokongan sdcard sehingga 64GB, Bluetooth 4.0 dan bateri berkapsiti 2000mAh.

10600551_347607198738517_4289960174762905561_n

 

Antara ciri-ciri menarik yang terdapat pada POMP C6 Mini ini ialah “Gesture Recognition” , sebuah fungsi dimana anda hanya perlu melakukan gesture tertentu pada skrin phone seperti :

– Double tap untuk mengaktifkan skrin phone
– Swipe keatas untuk membuka skrin phone
– Gesture berbentuk C (camera), S (setting), O (browser), M (music), Z (phone)

Telefon pintar ini hanya mempunyai berat sekitar 132g dan ketebalan sekitar 7.5mm. Skrin 5 inci padanya pula menggunakan teknologi Scratch Resistant Dragontail Glass yang menyamai keupayaan Gorilla Glass 2. Turut menyokong fungsi USB On The Go, POMP C6 Mini mempunyai antaramuka yang boleh diubah tetapannya mengikut citarasa pengguna.

Anda boleh mendapatkan telefon pintar ini daripada pengedar pada harga rasmi RM588 dan apa yang dapat kami katakan ialah ianya berbaloi untuk dimiliki selepas melihat kualiti yang dimiliki model terdahulu iaitu GPhone Evo.

SUMBER | GPHONE EVO FACEBOOK PAGE

Facebook Comments

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here