Cara Update Galaxy Note 3 Neo N750 Ke Android 4.4.2 Kit Kat

Android 4.4.2 Kit Kat untuk Samsung Galaxy Note 3 Neo telah pun dikeluarkan secara rasmi minggu ini mengikut negara tertentu. Untuk siri tutorial kali ini, kami akan menunjukkan cara untuk mengemaskini melalui Odin dan cara ini turut boleh digunakan untuk unroot, format atau baiki Note 3 Neo anda jika berlaku sebarang masalah.

Setakat yang kami semak, pengguna Malaysia masih belum menerima kemaskini tersebut.Bagi yang malas menunggu melalui KIES ataupun OTA, anda boleh kemaskini phone masing-masing secara manual menggunakan Odin.

Samsung-Galaxy-Note-3-Neo-Germany-price-1.jpg

Bagi yang berminat boleh ikuti langkah-langkah dibawah :

* Tutorial ini khas untuk Galaxy Note 3 Neo N750 sahaja.
* Pastikan anda berhati-hati dan teliti
* Segala risiko tidak akan ditanggung oleh kami

[heading size=”18″ margin=”30″]CARA UPDATE GALAXY NOTE 3 NEO N750 KE ANDROID 4.4.2 KIT KAT[/heading]

1- Pastikan driver Galaxy Note 3 Neo N750  telah pun diinstall pada komputer, cara paling mudah ialah dengan sambungkan phone pada KIES.
2- Download firmware phone anda kemudian extract dalam 1 folder (Download)
3- Download Odin 3.09 (Download)
4- Offkan phone anda dan masuk ke Download Mode (tekan volume down + home + power secara serentak)
5- Buka Odin tadi dan sambungkan phone pada komputer.
6- Tunggu Odin kesan phone anda dimana kotak ID:COM akan bertukar warna biru jika ianya berjaya.
7- Tick pada “Auto Reboot” , “F. Reset Time” dan “Phone Bootloader Update”.Jangan tick kotak lain.
8- Lihat pada bahagian AP, tekan dan isi dengan firmware .TAR.MD5 yang di download tadi.
9- Tekan start dan tunggu proses selesai.
10- Selesai.

Proses tersebut berjaya bila perkataan PASS ditunjukkan dan proses reboot mungkin akan mengambil sedikit masa, jadi harap bersabar.

1 COMMENT

  1. Saya ingin bertanya adakah terdapat masalah dalam kemaskini dalam samsung galaxy note 3 neo ini sebab banyak komen yang negatif dalam kemaskini ini sbg contoh battery cepat habis. apa pandangan admin hal ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here