Xperia Z3 Bakal Diperkenalkan – Rekabentuk Menyerupai Xperia Z2?

Xperia Z3 kini telah mula mendapat perhatian peminat-peminat smartphone android dimana beberapa khabar angin mengenai flagship device terbaru milik Sony itu telah pun tersebar secara meluas. Xperia Z3 merupakan penyambung siri kejayaan Sony Xperia Z2 dikatakan akan dilengkapi dengan spesifikasi canggih dan lebih baik.

Beberapa keping gambar smartphone tersebut telah dikongsikan di internet menunjukkan bagaimana rupabentuk ia ketika akan diperkenalkan kelak. Antara ciri-ciri atau spesifikasi Xperia Z3 yang dikatakan bakal digunakan ialah Android 4.4.4 KitKat, processor Snapdragon 801 berkelajuan 2.5GHz dan kamera 20.7MP.

Jika dilihat dari gambar yang dikongsikan, Xperia Z3 menyerupai Xperia Z2 tanpa sebarang perubahan ketara dari segi rekabentuk, namun masih terdapat perbezaan yang dapat dilihat antaranya Xperia Z3 lebih melengkung di bahagian tepi, speaker terletak di bahagian tepi kiri, tiada speaker stereo seperti Xperia Z2, turut dilengkapi dengan slot microsd, micro sim dan juga butang kamera.

8 COMMENTS

  1. nak tanya. xperia mmg susah eh dapat line LTE ? sbb phone samsung dgn htc senang je dpat line LTE. sim kad pun dah pernah masuk kat phone tu *pengguna xperia ZL*

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here