Xperia T2 Ultra Terima Kemaskini Android 4.4 KitKat – Firmware 19.1.A.0.473

Selepas kemaskini Android 4.4 KitKat dikeluarkan untuk beberapa siri Xperia Z tidak lama dahulu, kini giliran Xperia T2 Ultra dan juga T2 Ultra Dual menerima kemaskini yang sama. Android 4.4.2 KitKat untuk smartphone tersebut dikeluarkan bermula semalam dengan India menjadi antara negara terawal yang menerimanya.

Kemaskini tersebut membawa firmware 19.1.A.0.473 untuk Xperia T2 Ultra manakala Xperia T2 Ultra Dual menerima firmware 19.1.C.0.116. Anda boleh menyemak status penerimaan kemaskini melalui PC Companion dan juga Sony Update Service dengan menyambung smartphone ke komputer.

Android 4.4.2 KitKat untuk Xperia T2 Ultra membawakan perubahan besar antaranya kamera yang ditambahbaik, prestasi yang lebih baik dan stabil dan prestasi bateri yang lebih tahan lama.Seperti biasa, kemaskini tersebut dikeluarkan secara berperingkat mengikut negara.

Kami akan mengeluarkan artikel tutorial mengemaskini Xperia T2 Ultra dan T2 Ultra Dual ke android 4.4.2 KitKat secara manual dalam masa terdekat.

 

4 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here