Sony Perkenal Fungsi Pindah Aplikasi Ke Memori Kad Pada Android 4.4 KitKat

6
665 views
views

Fungsi memindahkan aplikasi ke memori kad merupakan antara fungsi yang dianggap penting untuk sesetengah pengguna telefon pintar. Jika anda pengguna siri Sony Xperia, Sony tidak memasukkan fungsi ini pada telefon pintar mereka dan pengguna tidak boleh memindahkan aplikasi yang dipasang ke memori kad.

Sony kini dilihat mula mengambil langkah memperkenalkan fungsi memindahkan aplikasi ke memori kad pada kemaskini terbaru mereka iaitu Android 4.4 KitKat untuk Sony Xperia T2 Ultra. Ini bermaksud pengguna Xperia T2 Ultra, anda kini boleh memindahkan aplikasi ke memori kad masing-masing untuk menjimatkan ruangan memori dalaman.

Namun agak mengejutkan bagi kami, buat masa ini hanya Xperia T2 Ultra menerima fungsi tersebut dan ianya tidak terdapat pada barisan siri Sony Xperia Z yang menerima Android 4.4 kitkat lebih awal berbanding Xperia T2 Ultra. Rakaman video dibawah menunjukkan fungsi dan ciri-ciri baru yang terdapat pada kemaskini Android 4.4 KitKat Xperia T2 Ultra/Dual

6 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here