Google Play Store Dikemaskini – Rekabentuk Baru Menggunakan Konsep Material Design

5
410 views
views

Google hari ini dilaporkan mula mengeluarkan kemaskini baru untuk Google Play Store mereka membawakan perubahan besar dari segi rekabentuk antaramuka. Lebih segar dan lebih menarik, Play Store versi 4.9.13 itu menggunakan konsep Material Design yang diperkenalkan oleh Google pada acara Google I/O baru-baru ini.

Material Design merupakan satu konsep rekabentuk antaramuka yang digunakan pada sistem operasi terbaru Google iaitu Android L yang bakal dikeluarkan secara rasmi berkemungkinan pada hujung tahun ini.

Screenshot_2014-07-23-07-58-28[1]

Anda boleh memuat turun file apk Google Play Store terbaru ini dan memasangnya pada telefon pintar masing-masing menggunakan cara biasa tanpa perlu root atau proses yang rumit. Pautan muat turun boleh dijumpai di bahagian bawah artikel ini.

Muat Turun Google Play Store 4.9.13

Facebook Comments

5 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here